My Teaching and Learning Philosophy
Sebenarnya, ini agak stereotype. Falsafah pendidikan
saya adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan saja hebat dalam bidang
akademik, tetapi unggul dan memiliki sahsiah yang terpuji. Kedengaran agak
cliche, namun itu lah dia. Sebelum ini, sejujurnya saya kurang meminati bidang
pendidikan.
Namun, setelah setahun mendapat didikan di Maktab Perguruan Persekutuan
Pulau Pinang, saya jatuh cinta dalam bidang pendidikan.
Sepanjang saya menerima pendidikan dari sekolah rendah
sampai lah ke universiti, saya amat mengkagumi cara dan kaedah pengajaran yang
di lakukan oleh guru-guru saya.
Falsafah pendidikan saya adalah untuk menjadikan
pelajar yang boleh berdiri dengan kaki sendiri dan tidak terlalu bergantung
kepada guru untuk segala-galanya.
Saya lebih suka bertindak sebagai fasilitator
berbanding dengan menggunakan kaedah pengajaran yang tradisional dimana guru
bertindak dalam segala aspek.
Hal ini penting untuk melahirkan pelajar yang mampu
berdikari. Selain itu, hal ini penting
untuk menyediakan mereka ke alam universiti yang lebih mencabar dan menuntut
pembelajaran kendiri yang terhebat.
No comments:
Post a Comment