Saturday, 31 December 2050

About Me!!!!






Assalamualaikum.. Hiiii semua

Selamat datang ke blog saya, The Incredible Physician
Nama sebenar saya adalah Asdy Hakim Bin Arif dan selalunya dipanggil Asdy.

          Menerima didikan sekolah rendah di SK Titi Gajah. Bersekolah menengah di 
SMK Tunku Abdul Malik, Alor Merah, Alor Setar ( 1994-1996) . Selepas PMR, saya 
melanjutkan pelajaran ke MRSM Beseri, Perlis. Selepas itu pada tahun 1999, saya telah 
melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dalam bidang 
Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Bahan. 

         Kemudian setelah graduasi, dan bekerja selama lebih kurang 1 tahun, saya 
mengikuti kursus KPLI dalam bidang Fizik dan menjadi guru di SMK Chung Hua, Sibu 
pada tahun 2006. Kemudian, saya bertukar ke Kedah dan mengajar di SMK Tanah 
Merah, Pendang. Pada tahun, 2012, saya berubah angin untuk bertukar ke Kolej Matrikulasi Kedah sehinggalah sekarang dalam subjek Fizik.